26 September 2020
Kepada Badan Atau Orang Perseorangan Yang Berkepentingan.
Jemputan Untuk Membuat Ulasan Berkenaan Dengan Penilaian MSPO Bagi WAGS Perak – Growers
WAGS Perak – Growers telah melantik Trans Certification International Sdn Bhd untuk melaksanakan penilaian utama pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil untuk Rancangan WAGS Perak – Growers. Penilaian akan dilaksanakan ke atas 7 rancangan yang diuruskan oleh WAGS Perak – Growers.
Trans Certification International Sdn Bhd merancang untuk melakukan penilaian persijilan bagi WAGS Perak – Growers pada 26 hingga 29 Oktober 2020. Penilaian utama akan diadakan menurut Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) MS 2530-3:2013 ‘General Principles for Oil Palm Plantation and Organized Smallholder’. Salinan Standard MSPO 2530-3-2013 boleh didapati daripada Jabatan Standard Malaysia melalui emel: central@jsm.gov.my. Penilaian akan merangkumi isu-isu undang-undang, alam sekitar, ekonomi, keselamatan dan kesihatan pekerja dan isu-isu sosial sepertimana yang diperlukan oleh penilaian MSPO.
Berikut adalah keterangan dan butiran unit persijilan:
Rancangan |
Alamat | Jumlah Kawasan Keseluruhan (Ha) | Jumlah Peneroka | Rujukan GPS |
Garden Greens Plantation Sdn Bhd |
69, Golden Dragon, 39100 Kampar, Perak. |
77.977 |
n/a |
4.238337, 101.189915 |
Berimbun Teguh Sdn Bhd |
Lot 3799, Jalan Kampar, 36700 Langkap, Perak |
100.909 |
n/a |
4.12621, 101.21062 |
Estacy Glow Sdn Bhd |
Lot 3799, Jalan Kampar, 36700 Langkap, Perak. |
72.840 |
n/a |
4.118829, 101.201719 |
Pantas Asli Enterprise |
139 A, Kampung Baru, 35800 Slim River, Perak. |
227.430 |
n/a |
3.77924, 101.240036 |
IJM Palm Enterprise |
Batu 9 Jalan Teluk Intan Air Kuning Kampar 31920 Malaysia |
65.577 |
n/a |
4.1711271, 100.958805 |
Nam Yong Huat Luen Seng Sdn Bhd |
No 1 Lorong Market, Kampar 31900 Malaysia |
55.999 |
n/a |
4.3006554, 101.1182422 |
TLH Plantations Sdn Bhd | 103 Jalan Veerasamy, Ipoh, 30300 Malaysia |
67.322 |
n/a |
4.5990671, 101.789328 |
Trans Certification International Sdn Bhd adalah 100% Syarikat Bumiputra yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. TCI adalah pembekal pensijilan, kualiti pengurusan dan pensijilan produktiviti semenjak tahun 2015, TCI telah bergiat aktif dalam bidang pengauditan dan bekerjasama dengan beberapa Badan Pensijilan lain. TCI telah mewujudkan satu prosedure khusus bagi rungutan dan aduan, yang boleh di dapati di laman web: https://transcert.com.my/complaint-procedure/. Pasukan audit dari Trans Certification International Sdn Bhd yang akan melaksanakan audit penilaian di WAGS Perak – Growers terdiri daripada:
- Encik Ermadasila bin Mohamad sebagai Ketua Juruaudit (Aspek Undang- Undang, Sosial dan Temuduga Stakeholder dalaman dan luaran).
- Cik Nur Syahirah binti Yaccob sebagai Juruadit (Aspek Persekitaran dan HCV).
Sebagai persediaan untuk proses penilaian ini, mana-mana badan atau perseorangan yang berkepentingan adalah dijemput untuk memberikan sebarang ulasan/komen secara bertulis mengenai penilaian berkaitan dengan aspek alam sekitar atau sosial yang difikirkan berkaitan.
Tarikh dan masa bagi perundingan pihak berkepentingan adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2020
Masa: 10:00 a.m. – 12:00 p.m.
Lokasi: WAGS Perak Office, No.1, Jalan Tiara 2, 31900 Kampar, Perak
Sekiranya pihak Tuan atau Puan tidak berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat penilaian ini. Tuan dan Puan dijemput untuk bertemu bersama Juruaudit semasa Penilaian Malaysian Sustainable Palm Oil dijalankan
Topik-topik yang mungkin hendak dibincangkan adalah seperti berikut:
- Perlindungan alam sekitar
- Penjagaan ‘Biodiversity’
- Peluang-peluang pekerjaan
- Pendekatan pihak syarikat dalam kemajuan komuniti
- Perhubungan anda dengan pihak syarikat
- Penyertaan dalam proses membuat keputusan
- ‘Free, prior and informed consent’ (FPIC)
- Cadangan-cadangan penambahbaikan
Pihak tuan-puan boleh mengemukakan aduan atau komen bertulis kepada pihak kami. Aduan atau komen yang akan dipertimbangkan di dalam pengauditan hendaklah diterima dalam masa 30 hari daripada tarikh surat ini.
Sila lengkapkan butiran seperti berikut supaya anda dapat dihubungi apabila terdapat sebarang kekeliruan pada isu-isu yang dibangkitkan.
Nama: | |
Alamat: | |
E-mail: | |
Nombor Telefon: | |
Nombor Fax: |
Jika aduan atau komen yang anda hendak ajukan itu berbentuk sulit dan rahsia atau tidak ingin diketahui penamanya, sila nyatakan “SULIT” dan hantarkan kepada:
Penyelaras Skim
Norsyahidah Manaf
Trans Certification International Sdn Bhd.
No. B52, Tingkat 1,
Jalan IM3/10, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan Pahang
Tel: +609-5751333.
Email: info@transcert.com.my
Terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan.
Muat turun Notis Pemberitahuan Awam Penilaian MSPO Bagi WAGS Perak – Growers.